Dikuasakan oleh Blogger.

Lagenda Batu Gondiran

Antara tarikan terbaru dan tempat menarik di Taman Tagal Tolungan selain spa urutan ikan ialah lagenda Batu Gondiran. Mengikut cerita orang-orang tua, Gondiran adalah seorang lelaki yang mempunyai kekuatan luar biasa dan saiz badan yang lebih besar dari orang biasa. Beliau dikatakan berasal dari Tambunan, datang ke Sosopon pada pertengahan tahun 1800 untuk membantu penduduk kampung ketika itu yang diancam oleh "Pangait" atau pemenggal kepala manusia. Pangait ketika itu yang tinggal di hilir Rugading di sekitar Mampakan terbunuh akibat dihimpit oleh rumahnya sendiri setelah Gondiran meroboh rumah pangit tersebut. Setelah kejadian itu, Gondiran tinggal bersama dengan penduduk kampung Sosopon, pada masa itu juga beliau mengangkat sebiji batu besar dan meletakan di sekitar Tombokou dengan tujuan mencabar sesiapa sahaja untuk memindahkan batu itu bagi tujuan memperlihatkan kekuatan luar biasanya, dimana batu itu masih berdiri terpacak hingga ke hari ini. Selain batu tersebut juga terdapat batu sukatan dari kepala dan hujung kaki Gondiran yang diletakkan oleh penduduk kampung masa itu bagi mengukur sendiri saiz badan Gondiran.

Menurut cerita seterusnya, Gondiran juga telah pergi ke kampung Buayan bagaimana pun beliau dikatakan diracun oleh penduduk kampung Buayan kerana nafsu makannya yang amat besar. Gondiran yang sedar telah diracun, akhirnya berpindah balik ke tempat asalnya di Tambunan dan meninggal disana.

Komuniti Taman Tagal Tolungan di Batu Gondiran

Terletak lebih kurang 5 kilometer dari pusat Taman Tagal, tempat menarik ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari tapak dan pusat pelancongan Taman Tagal Tolungan.

Batu Gondiran

Tiada ulasan:

 

Info Terkini

Pertandingan Pancing Lepas, KLIK SINI!!
---------------------------------------------------------
Aktiviti kraftangan tradisional diadakan setiap hujung minggu di Taman Tagal 3TSNP.

About

Taman Tagal Tolungan Sosopon Notoruss (3TSNP)
NT. 2190, Kampung Notoruss, 686 89507, km 22 Jalan Penampang-Tambunan, Penampang, Sabah.