Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 10 Ogos 2016

Air Terjun Tombokou

Air terjun Tombokou satu lagi kawasan ekopelancongan terutama kepada penduduk tempatan seperti perkhemahan, berkhelah dan beriadah di dalam hutan.

Air terjun Tombokou yang terletak berhampiran dengan Batu Gondiran merupakan satu satunya air terjun yang terdapat di Sosopon dengan ketinggian hampir 3 meter.


Hilir Air Terjun Tombokou

Hulu Air Terjun Tombokou

Perjalanan lebih kurang 1 jam dari pusat Taman Tagal Tolungan, satu lagi tarikan pelancongan yang terdapat di sini.


Kawasan sekitar air terjun Tombokou

Laluan belukar yang menarik menuju ke air terjun Tombokou

Batu Gondiran

Antara tarikan terbaru dan tempat menarik di Taman Tagal Tolungan selain spa urutan ikan ialah lagenda Batu Gondiran. Mengikut cerita orang-orang tua, Gondiran adalah seorang lelaki yang mempunyai kekuatan luar biasa dan saiz badan yang lebih besar dari orang biasa. Beliau dikatakan berasal dari Tambunan, datang ke Sosopon pada pertengahan tahun 1800 untuk membantu penduduk kampung yang ketika itu diancam oleh "Pangait" atau pemenggal kepala manusia. Pangait ketika itu yang tinggal di hilir Rugading di sekitar Mampakan terbunuh akibat dihimpit oleh rumahnya sendiri setelah Gondiran meroboh rumah pangait tersebut. 

Setelah kejadian itu, Gondiran tinggal bersama dengan penduduk kampung Sosopon, pada masa itu juga beliau telah mengangkat sebiji batu besar dan meletakkannya di sekitar Tombokou dengan tujuan mencabar sesiapa sahaja untuk memindahkan batu itu bagi tujuan memperlihatkan kekuatan luar biasanya, dimana batu itu masih berdiri terpacak hingga ke hari ini. Selain batu tersebut juga terdapat batu sukatan dari kepala dan hujung kaki Gondiran yang diletakkan oleh penduduk kampung masa itu bagi mengukur sendiri saiz badan Gondiran.

Gondiran juga telah pergi ke sebuah lagi kampung yang terletak jauh di hulu, bagaimanapun beliau dikatakan dihalau oleh penduduk kampung tersebut kerana nafsu makannya yang amat besar. Gondiran akhirnya berpindah balik ke tempat asalnya di Tambunan dan meninggal disana.


Komuniti Taman Tagal Tolungan di Batu Gondiran
Batu Gondiran

Terletak lebih kurang 5 kilometer dari pusat Taman Tagal, tempat menarik ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari tapak dan pusat pelancongan Taman Tagal Tolungan.
 

Info Terkini

Pertandingan Pancing Lepas, KLIK SINI!!
---------------------------------------------------------
Aktiviti kraftangan tradisional diadakan setiap hujung minggu di Taman Tagal 3TSNP.

About

Taman Tagal Tolungan Sosopon Notoruss (3TSNP)
NT. 2190, Kampung Notoruss, 686 89507, km 22 Jalan Penampang-Tambunan, Penampang, Sabah.