Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai 3TSNP


Taman Tagal (3TSNP) terletak 100 meter dari jalan besar Penampang - Tambunan dan lebih kurang 30 minit perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu. 3TSNP bermaksud Taman Tagal Tolungan Sosopon Kg Notoruss Penampang. Berbeza dari taman-taman tagal yang ada di seluruh negeri Sabah, keunikan  Taman Tagal Tolungan (3TSNP) ianya terletak di persimpangan dua buah sungai (lubuk sg. Moyog dan sg. Sosopon). 

Taman Tagal Tolungan (3TSNP) meliputi kawasan seluas 20,000 meter persegi, dan apa yang amat menarik ialah kesemua ikan-ikan disini adalah selamat dan tidak takut dengan manusia. Secara praktikalnya, kawasan taman tagal ini dibahagikan kepada 3 zon di kedua buah hilir sungai sepanjang lebih kurang 5 km iaitu, Zon Hijau (penangkapan ikan dibenarkan untuk kegunaan sendiri), Zon Kuning (memancing dibenarkan pada selang yang ditetapkan oleh jawatankuasa Tagal) dan Zon Merah (sebagai penjana stok ikan, menangkap ikan adalah dilarang sama sekali).

Antara tarikan utama Taman Tagal ini adalah spa urutan ikan dari jenis ikan Pelian, yang menariknya ikan-ikan ini akan menghisap kulit kita dengan mulut lembut. Ikan Pelian hanya tinggal di sungai yang bersih dan jernih, ikan ini juga dikenali sebagai Permata Sungai (Gem of the River).

Berikut adalah video menunjukkan spa urutan ikan Pelian :-

Tiada ulasan:

 

Info Terkini

Pertandingan Pancing Lepas, KLIK SINI!!
---------------------------------------------------------
Aktiviti kraftangan tradisional diadakan setiap hujung minggu di Taman Tagal 3TSNP.

About

Taman Tagal Tolungan Sosopon Notoruss (3TSNP)
NT. 2190, Kampung Notoruss, 686 89507, km 22 Jalan Penampang-Tambunan, Penampang, Sabah.