Dikuasakan oleh Blogger.

Pertandingan Pancing Lepas

Pertandingan Pancing Lepas Tebingan Sungai Kampung Notoruss (Fund Raising) untuk membaik pulih dan menambah fasiliti Taman Tagal 3TSNP.

Pertandingan pancing lepas ini adalah teknik casting / umpan dan menggunakan batang bambu pancing tradisional dan joran. Pertandingan pancing lepas ini akan diadakan pada 4 oktober 2014 bermula dari jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang.

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN MEMANCING


Maklumat Pertandingan


  • Terbuka kepada semua pemancing. Pendaftaran setiap joran adalah RM50.00 sahaja.
  • Terhad kepada 60 orang sahaja. Peserta yang awal mendaftar akan dimasukkan ke kumpulan pertama dan kumpulan seterusnya.
  • Pertandingan berlangsung selama 8 jam (7.00 pagi - 3.00 petang).
  • Sebatang joran dibenarkan hanya 1 mata kail sahaja (sekiranya mata kail putus pada masa itu ia boleh diganti selagi ia putus pada masa jam pertandingan). Cara pancing ialah teknik casting menggunakan umpan asli.
  • Jenis pancing ialah joran dan bambu sahaja. Umpan adalah tanggungan sendiri. Umpan tiruan tidak dibenarkan sama sekali.
  • Hanya joran yang ditanda oleh pihak penganjur sahaja diambil kira. Sticker tertera nombor pandaftaran adalah wajib dilekatkan pada joran dan bukannya di tempat lain.
  • Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikkan sekiranya peserta menarik diri.
  • Ikan yang dinaikkan dalam masa pertandingan sahaja yang akan diambil kira. Iaitu dari bunyi permulaan pertandingan dan bunyi penamat. Tiada tambahan masa diberikan.
  • Borang pertandingan mestilah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan yuran dan diserakan kepada pihak penganjur sebelum atau pada 4 oktober 2014 di Taman Tagal 3TSNP.
Sistem pengredan mengikut kategori

  • Jenis ikan yang ditandingkan mengikut kategori paling berat ialah ikan pelian sahaja.
  • Sementara ikan seraihsinsilog dan rokot adalah dalam kategori unik (sekiranya sama jenis ikan, cabutan undi akan digunakan untuk menentukan pemenang).
  • Kategori ikan paling banyak ialah semua jenis ikan keseluruhan yang ditandingkan.
Hadiah dan Pemenang

1. Pemenang keseluruhan adalah ditentukan berdasarkan berat ikan (ikan pelian sahaja).

  • Juara  : Tunai (RM500.00) dan sijil
  • Kedua : Tunai (RM300.00) dan sijil
  • Ketiga : Tunai (RM200.00) dan sijil
2. Pemenang bagi kategori ikan unik (semua jenis ikan).
  • Tunai (RM70.00) dan sijil
3. Pemenang kategori ikan paling banyak.
    • Tunai (RM70.00) dan sijil
    -Setiap peserta hanya berhak menerima satu hadiah bagi setiap kategori pertandingan.
    -Keputusan bagi sebarang isu adalah muktamad.

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
    • Mathilde Gambaris    : 013-8972938
    • Anselmus Bungkak    : 013-3549092
    • Tony Anus (PPP)       : 088-710651
    Klik sini untuk muat turun borang.

    Tiada ulasan:

     

    Info Terkini

    Pertandingan Pancing Lepas, KLIK SINI!!
    ---------------------------------------------------------
    Aktiviti kraftangan tradisional diadakan setiap hujung minggu di Taman Tagal 3TSNP.

    About

    Taman Tagal Tolungan Sosopon Notoruss (3TSNP)
    NT. 2190, Kampung Notoruss, 686 89507, km 22 Jalan Penampang-Tambunan, Penampang, Sabah.