Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 29 Jun 2014

Taman Tagal Tolungan Sosopon Notoruss

Taman Tagal Tolungan terletak diantara dua buah sungai telah diwartakan sebagai Taman Tagal pada tahun 2012 oleh Komuniti Tagal Kampung Notoruss. Ianya terletak 22 kilometer dari bandar Kota Kinabalu iaitu kira-kira 30 minit perjalanan menaiki kenderaan darat.



Spa Ikan 3TSNP


Spa urutan dari ikan Pelian merupakan tarikan utama di Taman Tagal Tolungan ini diuruskan oleh Komuniti Tagal Tolungan Kampung Notoruss yang diketuai oleh Puan Mathilda Gambaris. Spa Ikan atau Fish Spa Ikan Pelian di Taman Tagal Tolungan ini dilakukan berikutan sistem tagal yang diamalkan di seluruh Sabah. Dalam dialek Dusun, tagal bermaksud dilarang menangkap ikan, dan tujuan utama tagal adalah untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk memberi manfaat kepada generasi masa depan.

Disini terdapat beratus ikan pelian jinak di sepanjang sungai Moyog dan Sosopon. Pengunjung dikenakan bayaran untuk masuk iaitu sebanyak RM2.00 untuk tempatan Sabah, RM5.00 bagi dalam negara sementara pelancong luar negara bayaran sebanyak RM10.00.

Melalui bayaran tiket tersebut pengunjung boleh mandi atau berendam kaki spa ikan pelian selain mendapat kemudahan termasuk sewa pondok, bangku, elektrik, peralatan dapur dan tempat panggang. Sementara bayaran makanan ikan pelian pula ialah RM2.00 sebotol dan pengunjung amat digalakkan untuk membeli untuk menarik ikan-ikan datang dengan banyak.

Komuniti Pacos Trust dan komuniti tagal 3TSNP dengan ikan pelian.


Nota: Pancing ikan lepas juga boleh dilakukan di sungai Taman Tagal Tolungan ini dengan bayaran minimum RM15 untuk jam pertama dan kedua, tambahan RM5 untuk jam seterusnya.  

Taman Tagal Tolungan 3TSNP


Taman Tagal 3TSNP (Taman Mini Eco-Pelancongan Tolungan) di kampung Notoruss ini terletak di antara persimpangan dua buah sungai (sungai Moyog dan sungai Sosopon). Taman Tagal ini dibuka pada 4 november tahun 2012 dan dibiayai oleh Champion's Club Borneo 2012 dengan kerjasama Pacos Trust dan Komuniti Kampung Notoruss. Ianya kini diuruskan dan diselengara sepenuhnya oleh komuniti kampung Notoruss.

Taman Tagal Tolungan Sosopon Notoruss ini terletak kira-kira 22 km dari bandaraya Kota Kinabalu.

Gambar kiri sungai Sosopon dan sungai Moyog - lubuk Tolungan di Taman Tagal 3TSNP, sementara gambar kanan menunjukkan muara sungai Sosopon yang mengalir dan bersambung dengan sungai Moyog

Antara kemudahan dan fasiliti yang terdapat di Taman Tagal Tolungan 3TSNP 

Aktiviti kayaking di sungai Sosopon 3TSNP       Kawasan sungai Sosopon di sepanjang perjalanan ke Batu Gondiran

Antara aktiviti hujung minggu yang boleh dilakukan di Taman Tagal Tolungan 3TSNP.

Pengunjung yang menggemari aktiviti meredah hutan atau jungle trekking juga boleh merasai pengalaman ini di Taman Tagal Tolungan sejauh lebih 5 kilometer yang akan merangkumi perjalanan menuju ke tempat bersejarah Batu Gondiran, untuk lebih lanjut sila klik sini.
 

Info Terkini

Pertandingan Pancing Lepas, KLIK SINI!!
---------------------------------------------------------
Aktiviti kraftangan tradisional diadakan setiap hujung minggu di Taman Tagal 3TSNP.

About

Taman Tagal Tolungan Sosopon Notoruss (3TSNP)
NT. 2190, Kampung Notoruss, 686 89507, km 22 Jalan Penampang-Tambunan, Penampang, Sabah.