Dikuasakan oleh Blogger.

Defenisi Tagal

SISTEM TAGAL (3TSNP) Kg Notoruss, Penampang, Sabah

Definisi Sistem Tagal

Sistem Tagal ia merupakan satu sistem perkongsian pintar (smart partnership) diantara masyarakat tempatan dengan pihak kerajaan (Jabatan Perikanan) dimana ianya adalah bermaksud pemuliharaan (reviving), perlindungan (protection) sungai dan pengurusan (management) sumber perikanan sungai/lubuk Sosopon.

Sekiranya berada di Sabah dan terlihat papan tanda “Tagal” ianya bermaksud dilarang sama sekali menangkap segala hidupan air di sungai itu, dilarang mencemarkan sungai (pembuangan Sampah).

Tujuan Sistem Tagal ini adalah untuk memelihara ikan supaya ia tidak pupus untuk generasi di masa akan datang.

Objektif Sistem Tagal


  1. Untuk mewujudkan kerjasama dikalangan komuniti tempatan dengan Jabatan Perikanan kearah memastikan sumber perikanan sungai Sosopon berjaya dilindungi, dipulihara dan dituai secara mapan/tidak pupus.
  2. Melindungi dan memulihara alam sekitar sungai termasuk ekosistem, habitat ikan dan perairan supaya tidak rosak dan tercemar.
  3. Melindungi dan memulihara sumber perikanan sungai.
  4. Meningkatkan pengeluaran ikan sungai sebagai salah satu sumber makanan protein penduduk kampung.
  5. Menjalankan pelbagai aktiviti di Zon Tagal yang boleh menjana pendapatan baru kepada orang kampung seperti eko-pelancongan (sukan memancing dan sebagainya).
  6. Sejarah Penubuhan Tagal Notoruss
  7. Ia ditubuhkan pada 17.7.1994 oleh penduduk kampung dan diketuai oleh Encik Vitalis Galasun Kagis.
  8. Penubuhan Tagal di kampung Notoruss adalah yang pertama di Daerah Penampang.
  9. Lubuk pada mulanya hanya untuk tujuan pembiakan (pokitanan) dan daripada itu dijadikan zon merah (sebagai penjana stok ikan, dilarang sama sekali mengambil ikan dalam kawasan zon merah).


Denda Sistem Tagal

Dilarang menangkap hidupan air di sungai dimana denda diselaraskan oleh induk penagalan berkuatkuasa pada 26.08.2001. 

Sekiranya didapati menangkap hidupan air disungai ini tanpa kebenaran daripada Jawatankuasa penagalan pesalah akan dikenakan denda.


  • RM200 tunai, satu badan babi seberat 50 kilogram.
  • Semua peralatan menangkap ikan dirampas.
  • Dilapor kepada Ketua Kampung Dilapor kepada Polis.
  • Dihadapkan di mahkamah anak negeri.


Bila ditagal dibuka?

Ia dilakukan mengikut keadaan cuaca dan persetujuan semua ahli tagal.

Alat yang diperbolehkan untuk menangkap ikan semasa pembukaan tagal ialah:


  • Panah
  • Siyud
  • Tugung bubuh
  • Pukat / Rambat
Alat-alat menangkap ikan yang digunakan/ dibenarkan dalam Sistem Tagal

Tiada ulasan:

 

Info Terkini

Pertandingan Pancing Lepas, KLIK SINI!!
---------------------------------------------------------
Aktiviti kraftangan tradisional diadakan setiap hujung minggu di Taman Tagal 3TSNP.

About

Taman Tagal Tolungan Sosopon Notoruss (3TSNP)
NT. 2190, Kampung Notoruss, 686 89507, km 22 Jalan Penampang-Tambunan, Penampang, Sabah.